Posted by Gomoto Media

Anda mungkin perasan ada perkataan "API SN" atau "API SM" pada botol minyak. Kami mulakan perbincangan ini dengan menyatakan bahawa ia TIDAK BERKAITAN DENGAN KUALITI MINYAK tersebut, sebaliknya ia merupakan gred servis (service grade) sesuatu minyak enjin. Gred servis di sini bukan bermaksud berapa lamakan sesuatu minyak boleh tahan sebelum perlu diservis.

Apakah maksud API?

API merupakan singkatan untuk American Petroleum Institute. Organisasi ini bekerja rapat dengan pembuat-pembuat kenderaan bagi merumuskan formula terbaik bagi enjin-enjin petrol mengikut zaman piawaian emisi.

Apakah maksud gred servis?

Contohnya, piawaian emisi sekarang ialah Euro 5. Enjin-enjin yang mencapai piawaian ini hendaklah beroperasi pada suhu yang lebih tinggi agar tidak membebaskan bahanapi yang tidak terbakar.

Oleh itu, minyak enjin hendaklah menahan haba ini. Selain daripada itu, minyak enjin terkini juga diuji bagi kesesuaian kepada pengetat-pengetat seperti "seal" dan "o-ring" yang diperbuat daripada bahan baharu.

Seperti yang kami nyatakan di atas, gred servis API yang yang bermula dengan huruf "S" ialah bagi enjin-enjin yang menggunakan bahanapi petrol.

Kriteria yang diuji bagi menetapkan gred servis:

  • Minyak itu menahan pertukaran kelikatan terhadap peningkatan haba.
  • Kesesuian dengan gasket-gasket enjin.
  • Ketahanan kepada penggunaan bahan tambahan seperti "engine treatment."
  • Ketahanan terhadap minyak itu menjadi terlalu pekat.
  • Ketahan terhadap minyak itu menjadi enapan.

Gred servis apa yang patut saya gunakan?

Gred servis terbaharu ialah API SN. Anda boleh gunakan gred servis yang lebih baharu daripada apa yang disyorkan oleh pembuat motosikal anda, contohnya, jika pembuat motosikal anda menyarankan API SL, anda boleh gunakan gred API SM dan SN.

Tetapi, jika pembuat menyarankan sekurang-kurangnya API SN, sebaik-baiknya anda jangan gunakan gred SN, SM, SL kerana sebab yang diterangkan tadi.