Posted by Gomoto Media

Kita mulakan dengan senario ini:

Anda memeriksa paras minyak hitam motosikal anda dan mendapatinya kurang sedikit daripada tahap penuh. Dengan itu, anda pun ingin menambah sedikit minyak.

Anda sedang menggunakan minyak sintetik dengan spesifikasi gred 10W-40, API SN, JASO MA2, tetapi anda hanya menjumpai minyak semi sintetik, spesifikasi gred 10W-40, API SM, JASO MA. Boleh campur tak?

Jawapannya ialah...

Boleh, selagi ia merupakan minyak hitam yang dikhususkan untuk kegunaan enjin motosikal

Tetapi...

Jenis dan spesifikasi minyak akan kekal sama jika anda mencampurkan minyak yang sama. Contohnya, Sinopec Xtreme 5W-40 campur Sinopec Xtreme 5W-40.

Tetapi, jika anda campur Sinopec Xtreme 5W-40 dengan Sinopec Xplore 10W-40, minyak itu sekarang menjadi minyak semi sintetik. Ia sama juga jika anda campurkan Sinopec Xtreme 5W-40 (sintetik penuh) dengan sesuatu minyak mineral. Hasilnya ialah minyak semi sintetik.

Kalau campur minyak bukan untuk motosikal?

Minyak yang bukan khusus bagi kegunaan motosikal berklac, seperti minyak skuter yang ada JASO MB, atau minyak kereta yang tiada spesifikasi JASO tidak digalakkan. Tetapi, anda boleh top up dahulu dalam kes kecemasan dan tukarkan minyak itu kepada minyak baharu secepat mungkin.

Minyak yang khusus untuk skuter (tanpa klac) pula secara amnya mempunyai spesifikasi JASO MB. Tetapi, enjin skuter boleh menggunakan minyak motosikal yang mempunyai kelulusan JASO MA dan JASO MA2.