Posted by Gomoto Media

Satu lagi kod yang penting ialah tanda JASO. Kod ini menandakan samada suatu minyak enjin sesuai untuk transmisi dan klac motosikal atau skuter. Jadi harap anda mengambil berat mengenai perkara ini.

Apakah itu JASO?

JASO merupakan singkatan untuk Japanese Automotive Standards Organisation (Organisasi Piawaian Automotif Jepun). Mereka bersamaan dengan Society of Automotive Engineers (SAE atau Persatuan Jurutera Automotif) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Apakah tugas JASO?

JASO merumuskan beberapa piawaian yang amat penting untuk dunia permotoran, tetapi piawaian yang mengambil tempat khas dan diiktiraf oleh pembuat minyak pelincir ialah untuk kegunaan klac basah motosikal.

Klac basah lwn. klac kering

Secara sejarahnya, motosikal yang dihasilkan oleh pembuat Jepun merupakan antara yang pertama menggunakan klac bash. Klac basah bermaksud minyak pelincir enjin dikongsi bersama kotak gear dan klac. Sistem klac basah kini merupakan jenis yang paling popular bagi motosikal jalanan.

Jika dibandingkan dengan minyak enjin kereta, ia tidak dikongsikan dengan kotak gear dan klac. Sistem ini lebih banyak digunakan oleh motosikal lumba sperti MotoGP.

Bagi skuter berkapasiti kecil pula, mereka  menggunakan cara penukaran gear CVT (tiada klac).

JASO MA, JASO MA2 - Piawaian bagi klac basah

JASO memperkenalkan ujian JASO T 903:1998 untuk geseran klac pada 1998, khususnya untuk klac basah di dalam enjin empat lejang, dan ditulis pada botol minyak sebagai JASO MA.

Piawaian ini dirombak pada 2016 dan memperkenalkan indeks geseran klac yang lebih tinggi kerana enjin motosikal makin berkuasa dan pada masa yang sama, minyak hitam memberikan perlindungan daripada geseran yang lebih efisyen. Piawaian baharu ini ialah JASO T 903:2016 dan disingkatkan sebagai JASO MA2.

  • Minyak hitam yang sesuai untuk motosikal yang menggunakan klac basah WAJIB mempunyai tanda JASO MA atau JASO MA2.
  • Minyak dengan JASO MA atau JASO MA2 boleh digunakan di dalam skuter yang tiadak klac.
  • Minyak dengan JASO MA atau JASO MA2 sesuai untuk digunakan pada motosikal yang menggunakan klac kering.

JASO MB

Minyak yang berpiawaian JASO MB ialah bagi kegunaan skuter yang menggunakan transmisi automatik. Minyak jenis ini boleh ditambah dengan bahan untuk pelinciran yang maksimum kerana ia tidak perlu memperdulikan cengkaman klac.

  • Minyak JASO MB TIDAK BOLEH oleh motosikal yang menggunakan klac basah kerana plet klac akan gelinciran.
  • It may be suitable for motorcycles with dry clutches, but check in the owners' manual or with the manufacturer on which type of oil, MA or MB.
  • Minyak JASO MB MUNGKIN boleh digunakan oleh motosikal dengan klac kering, tetapi sila periksa terlebih dahulu di dalam buku panduan samada ia sesuai atau tidak.

Penutup

Kami sarankan agar anda mengambil ikhtibar daripada pencerahan ini.

Kami juga mengharap anda menggunakan minyak yang betul dan tidak keliru sebab kami pernah membaca komen di dalam Facebook bahawa minyak JASO MB boleh digunakan oleh motosikal berklac basah, manakal minyak JASO MA/MA2 tidak boleh digunakan oleh skuter.