Posted by Gomoto Media

Salah satu buah percakapan antara pengguna motosikal ialah, "Taknaklah sintetik. Bocor pula enjin saya kang." Atau dalam perkataan lain, "leaking" (bukan "licking" yer... "licking" bermaksud menjilat).

Anggapan ini merupakan sebuah MITOS semata-semata.

Asal-usul mitos ini

Minyak enjin sintetik penuh, bermula dengan yang bagi enjin kereta, mula memasukki pasaran pada awal abad 1980an.

1. Minyak sintetik mempunyai molekul-molekul yang lebih halus dan bersaiz sekata

Ini kerana ia diperbuat daripada bahan yang bukan petroleum galian. Terdapat berbagai bahan di dalam petroleum dan akan tertinggal saki-baki bahan-bahan ini walaupun ia sudah disuling. Ada molekul yang kecil, ada yang sederhana, dan ada yang besar.

Molekul-molekul yang besar akan menyumbat segala ceruk di dalam enjin, termasuklah tempat atau gasket yang sebenarnya telah bocor.

Jadi apabila minyak sintetik digunakan, ia akan melalui bahagian-bahagian yang bocor tadi.

2. Minyak mineral ketika itu sering menyebabkan mendapan (sludge)

Ia berupa gel yang sangat melekat. Tetapi mendapan ini juga menyumbat bahagian-bahagian enjin yang telah bocor.

Sebaliknya, minyak sintetik mempunyai ciri pembersihan yang amat baik dan akan membersihkan enapan tersebut dan membongkarkan bahagian yang bocor.

Jadi, ini bukan salah minyak sintetik penuh itu, tetapi kerana ada bahagian enjin atau gasket yang telah bocor. Sebuah enjin, walaupun sudah berusia, tidak sepatutnya bocor jika diselenggara dengan baik.

Jadi saya boleh gunakan minyak sintetik?

Ya, anda boleh gunakan minyak sintetik penuh dengan yakin kerana minyak enjin yang baharu telah diuji oleh API untuk kesesuaian kepada gasket enjin. Dalam maksud lain, ia tidak makan gasket.

Gred API SN seperti minyak Sinopec pula dirumuskan untuk mengurangkan lagi kemungkinan pembentukan enapan berbanding dengan gred API yang sebelumnya.