Posted by Gomoto Media

Minyak Enjin SINOPEC telah dilancarkan di Malaysia oleh Sinar Puncak Sdn. Oleh itu, Sinar Puncak merupakan pengimport dan pengedar sah untuk jenama itu di Malaysia.

Minyak Pelincir Motosikal Siri-X SINOPEC telah dilancarkan oleh En. Andy Lee, Pengurus Pemasaran daripada Sinar Puncak Sdn. Bhd. bersama dengan En. Li Chen Ming, Ketua Wakil SINOPEC LUBRICANT untuk Malaysia dan Brunei.

Banjaran produk minyak pelincir motosikal Siri-X SINOPEC in terdiri daripada minyak enjin bagi motosikal dengan transmisi manual mahupun automatik.

Banjaran produk untuk transmisi manual (SN/MA2) dan untuk transmisi automatik (SN/MB) telah dirumuskan dengan teknologi minyak asas sintetik sepenuhnya bersama bahan tambahan jenis pelbagai guna. Kedua-dua minyak ini memenuhi piawaian  Organisasi Piawaian Automotif Jepun (Japanese Automobile Standards Organisation - JASO) dan mendapat kelulusan JASO MA2 dan JASO MB. Mereka juga telah didaftarkan di dalam Panel Pelaksanaan Piawaian Minyak Enjin JASO (JASO Engine Oil Standards Implementation Panel). Kedua-dua banjaran minyak ini juga telah mendapat gred servis API SN.

Banjaran produk untuk transmisi manual (JASO MA2) terdiri daripada:

  • SINOPEC XPLORE SAE 10W-30 (separa-sintetik).
  • SINOPEC XPLORE SAE 10W-40 (separa-sintetik).
  • SINOPEC XTREME SAE 5W-40 (sintetik sepenuhnya).

Produk-produk bagi motosikal dengan transmisi automatik (JASO MB) adalah:

  • SINOPEC XTRA SAE 10W-30 (separa-sintetik).
  • SINOPEC XTRA SAE 10W-40 (separa-sintetik).
  • SINOPEC XTRA SAE 5W-40 (sintetik sepenuhnya).

Harga-harga produk bermula dari RM30.00 ke RM45.00 setiap botol.

Banjaran produk SINOPEC X-Series Synthetic Motorcycle Lubricant terbaharu ini boleh didapati di semua pengedar sah serta kedai atas talian rasmi:

https://gomoto.com.my/collections/sinopec-lubricant

Ikutilah akaun media sosial rasmi SINOPEC MOTORCTCLE LUBRICANT untuk mendapatkan berita terkini:

Facebook :
https://www.facebook.com/SinopecLubMy

Instagram :

https://www.instagram.com/sinopeclubricant_my/

Ikutilah saluran Mototalk untuk mendapatkan tips mengenai barangan, cara menunggang, serta pengetahuan motosikal. Bukan semua orang tahu nilai pengetahuan sekarang.

https://gomoto.com.my/blogs/articles

Related articles:

What does "W" Mean for Engine Oil?

What is engine oil viscosity grade?

What is the difference between mineral, semi-synthetic, fully synthetic engine oils?

What are engine oil JASO MA, MA2, MB Ratings?

What are engine oil SJ, SL, SM, SN Ratings?