articles
Tanda-tanda Rantai Motosikal Patut Ditukar
Kita tidak boleh nafikan bahawa rantai pacuan motosikal kita merupakan antara komponen yang terpenting, kerana ke manalah motosikal kita akan bergerak jika tiada rantai (seperti juga tali sawat atau shaf pacuan).
Oleh kerana rantai ini dipacu oleh kuasa enjin serta perlu menyerap daya-daya yang amat kuat, ia akan haus lambat-laun nanti. Motosikal akan mula kehilangan kuasa enjin, enjin akan menggunakan lebih banyak petrol, rantai akan berbunyi bising, dan mungkin akan terputus di dalam kes yang ekstrim.
Tetapi bagaimana kita tahu bila kita perlu menggantikannya? Berikut adalah beberapa tanda yang perlu diperhatikan.
1. Rantai berkarat dan berkerak teruk
Apa yang anda tunggu lagi jika keadaan rantai anda sudah sampai ke tahap seperti begini? Sudah terlambat untuk menyelematkannya sama sekali.
2. Anda boleh menarik rantai daripada sprocket belakang
3. Rantai beralun

4. Getah terkeluar dari celah plat sisi
5. Rantai tidak dapat ditegangkan lagi
6. Gigi sproket tajam/ruang antara gigi cetek

Walaupun rantai masih berkeadaan baik apabila sproket telah haus, lebih baik anda gantikan sproket depan, belakang dan rantai sebagai satu set. Sproket yang menunjukkan ciri-ciri kehausan tidak normal seperti di dalam gambar ini menunjukkan bahawa ia disebabkan oleh rantai sudah bermasalah. Jika anda hanya menukar sproket, rantai yang lama mungkin akan merosakkan sproket baharu dengan lebih cepat. Serupa juga jika anda hanya menukar rantai tanpa menukar sproket: Sproket lama akan memendekkan usia rantai anda yang baharu.